Skip to main content

Sesi Perkongsian Pelajar Malaysia di Jepun bersama Peserta H.I.S. Travel Discovery Project

Marha Zahiyah
12 September 2024

OSAKA, 31 Mei - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) bahagian wilayah Kansai telah turut serta dalam sesi perkongsian yang diadakan oleh syarikat H.I.S. Travel Malaysia di bawah program ‘edu-travel’ Discovery Project. Sesi perkongsian ini bertempat di Cafe Bintang, Osaka dan melibatkan seramai 3 orang ahli MSAJ dan 11 orang peserta Discovery Project yang rata-rata merupakan pelajar sekolah menengah serta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Melalui sesi ini, peserta MSAJ telah berpeluang untuk berkongsi mengenai topik-topik yang meliputi segenap aspek sebagai pelajar Malaysia di Jepun. Sesi perkongsian ini diadakan secara santai yang mana para peserta berdiskusi sambil menjamu juadah yang disediakan. Antara topik-topik yang dibincangkan termasuklah peluang-peluang melanjutkan pelajaran di Jepun melalui biasiswa, pengalaman, cabaran serta nilai tambah sebagai pelajar di Jepun. Peserta MSAJ juga telah dianugerahkan sijil penghargaan dan beberapa buah cenderahati oleh pihak H.I.S. Travel Malaysia. 

Discovery Project merupakan program anjuran H.I.S. Travel Malaysia yang bertemakan lawatan sambil belajar di Jepun, terbuka kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah di Malaysia. Melalui kunjungan ke beberapa pusat pelancongan di Kansai, di samping lawatan ke pelbagai jenis institusi pendidikan seperti sekolah menengah, kolej vokasional dan universiti, peserta didedahkan dengan peluang belajar serta gaya hidup di luar negara terutamanya di Jepun. Program ini juga merupakan inisiatif untuk menghubungkan pelajar-pelajar Malaysia kepada idealogi dan budaya masyarakat Jepun iaitu Ikigai, Omoiyari dan Kaizen (i-OK). 

Tuntasnya, diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan sebagai wadah perkongsian ilmu serta memupuk jalinan rangkaian yang bermakna antara pelajar sekolah dan pelajar Malaysia di Jepun.

Last modified on 27 December 2024 11:22 PM

Latest Articles

21 November 2024

Malaysia Fair 2024: Kembara Budaya Malaysia di Bumi Sakura

TOKYO, 2-3 November - Malaysia Fair Tokyo ke-4 telah berlangsung dengan meriah di Toyosu Park dan Urban Dock LaLaport, Toyosu. Acara ini bertujuan mempromosikan budaya Malaysia, memperkenalkan prod...
30 June 2023

Shared Wisdom: Tokyo Event Connects Nations in Disaster Resilience Efforts

TOKYO, JAPAN - June 18th, 2023: From 10:00 am to 3:00 pm, Tokyo Big Sight hosted a comprehensive event featuring a seminar and workshop. The program showcased presentations by residents of the Toky...
18 June 2023

MSAJ Explores Disaster Resilience in Japan: A Cross-Cultural Exchange

Tokyo, June 18th: Four participants from the Malaysian Student Association in Japan (MSAJ) — Dina, Iqra, Radhiah, and Alia — took part in an event organized by the Japan Stu...