Skip to main content

Pertemuan Wakil MSAJ bersama YAB Menteri Besar Perak

Webmaster
24 April 2024
Gambar ihsan Pejabat Menteri Besar Perak

OSAKA, 23 April - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) menyambut baik usaha mempromosi Perak sebagai destinasi perlancongan kepada pemain industri perlancongan di Jepun. MSAJ diwakili oleh Presiden, Muhamad Firdaus Ali dan Pengerusi Wilayah Kansai, Muhammad Alif El Hadi telah hadir ke majlis seminar dan resepsi visit Perak yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Osaka di Hotel Hilton Osaka.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran dan perasmian oleh Menteri Besar Perak; YAB Dato Seri Saarani Mohamad. MSAJ sempat beramah mesra dan menceritakan serba sedikit tentang demografi pelajar Malaysia di Kansai.



MSAJ melihat usaha seperti ini dapat memberi nafas baharu kepada industri perlancongan tempatan, serta mengangkat Perak sebagai destinasi perlancongan setaraf destinasi terkenal di peringkat antarabangsa dan berharap agar program seperti ini dapat terus dijalankan pada tahun-tahun mendatang.

 

Last modified on 25 April 2024 1:00 AM

Latest Articles

30 June 2023

Shared Wisdom: Tokyo Event Connects Nations in Disaster Resilience Efforts

TOKYO, JAPAN - June 18th, 2023: From 10:00 am to 3:00 pm, Tokyo Big Sight hosted a comprehensive event featuring a seminar and workshop. The program showcased presentations by residents of the Toky...
18 June 2023

MSAJ Explores Disaster Resilience in Japan: A Cross-Cultural Exchange

Tokyo, June 18th: Four participants from the Malaysian Student Association in Japan (MSAJ) — Dina, Iqra, Radhiah, and Alia — took part in an event organized by the Japan Stu...
24 April 2024

Pertemuan Wakil MSAJ bersama YAB Menteri Besar Perak

OSAKA, 23 April - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) menyambut baik usaha mempromosi Perak sebagai destinasi perlancongan kepada pemain industri perlancongan di Jepun. MSAJ diwa...