Skip to main content

Program Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama Dr Harith Roslizar

Alif El-Hadi Marzuki
19 May 2024

2 Mei, OSAKA- Pertubuhan Pelajar Malaysia di Jepun telah mengadakan Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama Dr Harith bin Roslizar, merangkap Head of People and Governance, Yezza Tech Sdn Bhd di Osaka Halal Restaurant, Osaka.

Yezza Tech Sdn Bhd, sebuah syarikat pemula (startup) yang menguruskan platform dan sistem kepada syarikat-syarikat dari pelbagai industri termasuklah industri kesihatan, perniagaan fesyen dan lain-lain.Bermula pada tahun 2020, ketika Covid-19 melanda, Yezza beraspirasi untuk memudahkan para usahawan memulakan perniagaan dalam talian. Yezza telah berkembang menjadi sebuah pasukan dengan 18 kakitangan pada tahun 2021, dan kini lebih daripada 50,000 perniagaan dalam talian telah menggunakan Yezza.

Pada masa yang sama, Dr Harith juga memiliki kepakaran dalam bidang kedoktoran selaku graduan University of Newcastle, juga pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan di Australia sebelum menabur bakti di tanah air.

Program ini dihadiri oleh lebih kurang 15 orang pelajar dari sekitar Osaka. Dimulai dengan sesi suai kenal ringkas, program ini dipenuhi dengan interaksi dua hala pelajar bersama penceramah. Dr Harith banyak berkongsi tentang realiti syarikat pemula yang memerlukan azam dan cita cita yang tinggi untuk terus berkecimpung dalam dunia bisnes. Soalan bukan sahaja berkaitan syarikat pemula, pelajar juga berpeluang bertanyakan tentang dunia kerjaya, teknologi dan isu sosial dalam sesi dialog ini.

Harapannya, program ini dapat terus memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar tentang alam pekerjaan, serta memberi mereka inspirasi untuk melangkah ke hadapan.

Last modified on 18 June 2024 11:54 AM

Latest Articles

03 July 2024

Bonnichiwa 2024: Bridging Japan and France Through Cultural Exchange

Bonnichiwa 2024 is an innovative month-long project that fosters cross-cultural communication and friendship between Malaysian students in Japan and France. Organized by the Malaysian Students’ Ass...
28 June 2023

Pertemuan Antara MSAJ dan PPL Tokyo Membuka Peluang Kerjasama yang Lebih Luas Bagi Pelajar Malaysia di Jepun

Kobe, Jepun - Pada 17 Jun 2023 (Sabtu), telah diadakan pertemuan antara Jawatankuasa Pengurusan Malaysian Students' Association in Japan (MSAJ) Jawatankuasa Pengurusan MSAJ dan Penasihat Pendidikan...
18 June 2023

MSAJ Explores Disaster Resilience in Japan: A Cross-Cultural Exchange

Tokyo, June 18th: Four participants from the Malaysian Student Association in Japan (MSAJ) — Dina, Iqra, Radhiah, and Alia — took part in an event organized by the Japan Stu...