Skip to main content

Pertemuan Antara Pengarah Education Malaysia Beijing dan Pelajar Malaysia di Jepun Membina Jaringan Rentas Sempadan

'Ariqah Sarah
04 August 2024

28 Julai, Hikone - Ahad lalu Encik Muhammad Sallehuddin, Pengarah Education Malaysia Beijing yang datang ke Jepun untuk program JASSO Education Fair 2024 itu, mengambil peluang untuk berkunjung ke Hikone, Shiga bagi meluangkan masa dan menyantuni pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana. Perjumpaan yang diadakan di Restoran Sushi Ginzui itu dihadiri 7 orang pelajar Shiga University yang terdiri daripada tahun 2 sehingga tahun 4.  

Encik Salehuddin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan Education Malaysia Beijing  yang merupakan salah satu daripada 12 pejabat Education Malaysia di seluruh dunia. Education Malaysia adalah agensi dibawah naungan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab dalam mempromosikan kerjasama pendidikan antara Malaysia dan China serta negara-negara di bawahnya termasuklah Jepun, Russia dan beberapa lagi. Beliau turut menasihatkan pelajar Malaysia di Jepun untuk mendaftarkan diri dalam sistem  MyData yang dirangka oleh Education Malaysia bagi tujuan pengumpulan data pelajar-pelajar Malaysia di Jepun. 

Bual bicara dua hala dalam pertemuan selama 2 jam setengah itu, menyaksikan perbincangan dalam pelbagai aspek seperti budaya pelajar Malaysia di luar negara, pengalaman kerjaya Tuan Sallehudin daripada pelbagai cabang dalam perkhidmatan awam serta isu-isu semasa. Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ), Saudara Firdaus turut mengambil peluang menerangkan sedikit sebanyak tentang struktur organisasi MSAJ dan program-program yang dilaksanakan oleh MSAJ sepanjang tahun. 

Dalam sesi berasingan Encik Sallehuddin turut mewakili EMB menyampaikan sumbangan Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah RM5,000 bagi membantu perjalanan pelaksanaan program MSAJ bagi tahun 2024.

Semoga pertemuan kali ini menjadi pemangkin untuk membentuk jaringan yang kukuh antara MSAJ dan Education Malaysia selain menjadi wadah pertukaran pelbagai informasi bermanfaat.

Last modified on 04 August 2024 2:30 PM

Latest Articles

02 July 2024

Embracing Growth: Izzat's Badminton Story

SHIMANE, 19-23 June 2023 - The 67th Chugoku Shikoku Student Badminton Championship was held at ⁠Matsue City General Gymnasium, Shimane. One of the Malaysian students, Izzat, a third-year student at...
01 June 2023

MIDORI Golden Week Gathering 2023 Unites Attendees in Promoting of Community Spirit and Islamic Values

OSAKA, JAPAN – IMAN Japan and Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) recently organized an event called ‘MIDORI Golden Week Gathering 2023’ which took place from 5-7 May 2023. This event, ...
03 July 2024

Bonnichiwa 2024: Bridging Japan and France Through Cultural Exchange

Bonnichiwa 2024 is an innovative month-long project that fosters cross-cultural communication and friendship between Malaysian students in Japan and France. Organized by the Malaysian Students’ Ass...