Skip to main content

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Gasshuku MSAJ 2024/2025

Webmaster
21 January 2025

SHIZUOKA, 11–13 Januari – Acara kemuncak Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ), iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Gasshuku, telah berlangsung selama tiga hari dua malam di Izu, Shizuoka. AGM tahun ini diadakan secara bersemuka pada hari kedua program, menandakan pengalaman yang lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Program tahunan ini bertujuan menghargai usaha dan komitmen ahli aktif MSAJ yang telah berhempas pulas memastikan kelancaran semua aktiviti sepanjang sesi 2024/2025.

AGM secara bersemuka ini memberi peluang kepada ahli untuk berbincang dan merenung pencapaian organisasi dengan lebih mendalam. Setiap biro diberikan ruang untuk membentangkan kejayaan masing-masing serta cadangan penambahbaikan bagi sesi mendatang. Majlis diakhiri dengan pengumuman barisan kepimpinan baharu untuk sesi 2025/2026.

Selain AGM, Gasshuku pada tahun ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk permainan berkumpulan dan jamuan BBQ yang mengeratkan lagi hubungan antara ahli.

Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada biro pembangunan insan yang menjadi tulang belakang menjayakan Gasshuku dan AGM MSAJ kali ini dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat, aktiviti menarik dan memastikan kelancaran program secara keseluruhan.

Diharapkan semangat kerjasama dan dedikasi yang ditunjukkan pada sesi ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa akan datang. Kepada semua yang telah berusaha keras sepanjang sesi 2024/2025,
大変お疲れ様でした!

Last modified on 21 January 2025 5:05 PM

Latest Articles

23 October 2024

Majlis Resepsi Hari Kebangsaan ke-67

TOKYO, 16 Oktober - Hubungan baik Malaysia dan Jepun berdekad lamanya telah banyak memberikan impak positif terhadap kedudukan ekonomi kedua-dua negara. Komitmen Malaysia dalam menjalinkan hubungan...
21 January 2025

Strike Hokuriku: Pertandingan Sukan Bowling Wilayah Hokuriku

TOYAMA, 28 Disember – Pertandingan Bowling “Strike Hokuriku” anjuran Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Hokuriku berlangsung meriah di Chitetsu Bowling, Toyama, dengan p...
02 October 2024

MSAJ Career Fair 2024: Pemangkin Pelajar Merintis Kerjaya Impian

TOKYO, 14-15 September - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) dengan jayanya telah menganjurkan Career Fair 2024 yang berlangsung selama dua hari di The University of Tokyo. Progr...