Skip to main content

[Maklumat menyelamatkan nyawa]

Apakah tindakan yang perlu anda ambil apabila "bencana" seperti gempa bumi dan hujan lebat berlaku di Jepun?

Jepun merupakan sebuah negara yang kerap dilanda bencana alam. Pada bulan Julai tahun ini, Wilayah Kumamoto telah mengalami satu gempa bumi yang besar. Pada bulan Ogos, Wilayah Chiba telah mengalami hujan lebat luar biasa yang pernah direkodkan. Wilayah Chiba juga telah mengalami hujan lebat pada bulan September akibat Taufan No. 25. Setiap bencana tersebut telah mengakibatkan kerosakan besar, dan ramai orang berhadapan dengan kesusahan. Anda yang sedang membaca artikel ini mungkin juga pernah mengalami kesukaran semasa bencana tersebut melanda.

Semasa Gempa Bumi Besar Hanshin-Awaji pada tahun 1995, kadar kematian dalam kalangan warga asing dikatakan lebih tinggi berbanding rakyat Jepun. Terdapat pelbagai faktor untuk hal ini, tetapi warga asing dikatakan mempunyai pengetahuan yang kurang tentang bencana di Jepun berbanding rakyat Jepun, menjadikannya sukar untuk mereka mengambil tindakan yang sewajarnya semasa bencana melanda.

Untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada bencana, penduduk yang tinggal di Jepun perlu belajar tentang bencana dan membuat persediaan sebelum bencana berlaku. Satu sumber yang berguna untuk persediaan ini ialah laman portal yang dipanggil "TIPS = Tokyo Intercultural Portal Site (Laman Portal Antara Budaya Tokyo)", yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Komuniti Kerajaan Metropolitan Tokyo

"TIPS" menyebarkan pelbagai maklumat untuk warga asing yang tinggal di Tokyo. Maklumat dalam pelbagai bahasa juga disebarkan tentang perkara yang perlu dilakukan oleh warga asing yang tinggal di Jepun semasa bencana seperti gempa bumi dan taufan.

Contohnya, kandungan berikut adalah tersedia:

・"Belajar tentang bencana" melalui "TIPS"

https://tabunka.tokyo-tsunagari.or.jp/disaster/howto.html

・Ketahui "perkara yang perlu dilakukan semasa bencana" melalui "TIPS"

https://tabunka.tokyo-tsunagari.or.jp/disaster/qa.html

Tambahan pula, TIPS juga mempunyai animasi yang menerangkan kepada warga asing yang tinggal di Jepun tentang perkara yang perlu dilakukan semasa gempa bumi dan taufan melanda.

 

・Perkara yang perlu diberi perhatian dan disediakan semasa gempa bumi

https://www.youtube.com/watch?v=GCPd6pyabkg