Skip to main content

Pertandingan Sukan Badminton Kansai

Webmaster
02 January 2025

HIKONE, 13 Disember – Pertandingan Badminton anjuran MSAJ Kansai telah berlangsung dengan meriah di Proceed Arena, Hikone, Shiga. Acara ini disertai oleh 34 peserta lelaki dan wanita.

Pertandingan bermula pada jam 12.30 tengah hari dengan semangat yang tinggi daripada para peserta yang berusaha memenangi setiap perlawanan di peringkat awal. Pusingan 16 menjadi medan persaingan sengit bagi menentukan siapa yang layak mara ke peringkat seterusnya.

Pada sebelah petang, pertandingan diteruskan dengan peringkat suku akhir, separuh akhir, dan akhir. Bagi acara lelaki, pasukan Bsatu Sebelas berjaya meraih tempat pertama, diikuti oleh pasukan Falcon di tempat kedua dan Lembatu di tempat ketiga.

Sementara itu, dalam acara wanita, pasukan Hyper muncul juara dengan tempat pertama, manakala pasukan Mac and Cheese dan Shine masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Acara ini berakhir pada jam 6.30 petang, meninggalkan kenangan manis buat semua yang terlibat.

Last modified on 21 January 2025 3:05 PM

Latest Articles

15 September 2025

Gema 31 Ogos ke-68: Marathon Merdeka Warnai Kota Tokyo!

TOKYO, 31 Ogos — Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) telah menyertai Larian Merdeka Tokyo bagi bersama-sama meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke -68. MSAJ juga ber...
21 November 2024

Malaysia Fair 2024: Kembara Budaya Malaysia di Bumi Sakura

TOKYO, 2-3 November - Malaysia Fair Tokyo ke-4 telah berlangsung dengan meriah di Toyosu Park dan Urban Dock LaLaport, Toyosu. Acara ini bertujuan mempromosikan budaya Malaysia, memperkenalkan prod...
30 April 2025

MSAJ Raya Open House : Lemang Berbara di Tohoku, Ketupat Terjalin di Kansai

TOHOKU & OSAKA, 19-20 April - Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) dengan kerjasama Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL), Kedu...