Skip to main content

Sesi Networking Dinner di Osaka bersama Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

'Ariqah Sarah
04 August 2025

Osaka, 23 Julai – Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Kansai telah memenuhi jemputan ke majlis makan malam bersama-sama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM). Majlis yang diberi nama  “Study in Malaysia Networking Dinner in Osaka” ini telah diadakan di Restoran Yakiniku Zerohachi dengan tujuan menjadi medan penjalinan hubungan erat antara para delegasi dan diaspora Malaysia di Jepun, termasuk pelajar, alumni, dan warga kerja.

Delegasi KPTM terdiri daripada wakil-wakil kementerian, universiti awam seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia serta institusi swasta seperti Asian Pacific University. Turut hadir adalah agensi berkaitan pendidikan tinggi seperti Education Malaysia Global Service selaku agensi utama yang menjayakan majlis makan malam ini.

Lawatan ini bersempena penyertaan mereka dalam Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia di Pavilion Malaysia, Osaka Expo. Minggu khas ini bertujuan memperkasa pendidikan global menerusi edupelancongan, iaitu pendekatan yang menggabungkan pembelajaran dan pelancongan secara holistik.

Dalam majlis makan malam tersebut, suasana penuh mesra menyaksikan perbincangan terbuka, pertukaran buah fikiran, pengalaman dan aspirasi antara semua yang hadir. Wakil MSAJ, yang terdiri daripada Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Wilayah Kansai serta ahli MSAJ di wilayah tersebut, berbesar hati menerima peluang ini untuk berinteraksi secara langsung dengan ahli akademik dari pelbagai institusi berprestij tanah air. Para delegasi KPTM juga mengambil peluang mendengar dan meneliti pengalaman serta pandangan pelajar Malaysia di Jepun sebagai input berharga dalam usaha menambah baik sistem pendidikan tinggi negara.

Wakil MSAJ turut memperkenalkan peranan dan fungsi pertubuhan ini kepada pihak delegasi, sebagai satu badan yang mewakili suara pelajar Malaysia di Jepun serta sebagai jambatan hubungan dua hala antara pelajar, komuniti dan pihak berautoriti.

Diharapkan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam mencorak sistem pendidikan berkualiti akan terus berjaya, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi masa depan yang cemerlang dan berdaya saing di peringkat global.

Last modified on 22 August 2025 1:12 AM

Latest Articles

03 July 2024

Bonnichiwa 2024: Bridging Japan and France Through Cultural Exchange

Bonnichiwa 2024 is an innovative month-long project that fosters cross-cultural communication and friendship between Malaysian students in Japan and France. Organized by the Malaysian Students’ Ass...
23 September 2026

Kanto Summer Game 2026

HIRATSUKA, 8 Ogos 2026 – MSAJ Kanto telah berjaya menganjurkan Kanto Summer Game 2026 di Hiratsuka Beach Park, Kanagawa, dengan kerjasama IMAN Jepun serta tajaan daripada PPL Jepun. Program ini dia...
21 November 2024

Malaysia Fair 2024: Kembara Budaya Malaysia di Bumi Sakura

TOKYO, 2-3 November - Malaysia Fair Tokyo ke-4 telah berlangsung dengan meriah di Toyosu Park dan Urban Dock LaLaport, Toyosu. Acara ini bertujuan mempromosikan budaya Malaysia, memperkenalkan prod...