Skip to main content

Kanto Summer Game 2026

Nusrah Hasya
23 September 2026

HIRATSUKA, 8 Ogos 2026 – MSAJ Kanto telah berjaya menganjurkan Kanto Summer Game 2026 di Hiratsuka Beach Park, Kanagawa, dengan kerjasama IMAN Jepun serta tajaan daripada PPL Jepun. Program ini diadakan sebagai salah satu usaha MSAJ Kanto untuk memperluaskan rangkaian MSAJ di luar Tokyo, di samping mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar Malaysia melalui aktiviti sukan dan rekreasi.

Dalam program ini, sebanyak 15 pasukan telah menyertai pertandingan bola tampar pantai, manakala seramai 43 orang peserta dan pengunjung hadir bagi memeriahkan acara. Program ini turut disertai oleh Encik Hairul dari PPL Jepun. Selain pertandingan bola tampar pantai, pelbagai aktiviti mini turut diadakan bagi memberikan ruang kepada para peserta untuk berinteraksi, berkenalan dan menikmati suasana musim panas bersama-sama.

Seawal pagi, para peserta dan ahli jawatankuasa telah berkumpul di Hiratsuka Beach Park. Pemilihan kawasan pantai sebagai lokasi program turut memberikan kelainan kepada penganjuran aktiviti MSAJ.Pertandingan berlangsung dengan penuh semangat, perlawanan akhir juga sangat sengit dan akhirnya dimenangi oleh pasukan Pahlawan Tanah. Antara aktiviti yang menjadi tarikan sepanjang Kanto Summer Game 2026 ialah permainan belon air yang diadakan bagi menambahkan kemeriahan program sekaligus memberikan peluang kepada para peserta untuk menyejukkan diri dalam suasana hangat musim panas.

Penganjuran program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam menghimpunkan warga Malaysia dalam suasana yang santai dan meriah. Pada masa yang sama, program ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan MSAJ kepada komuniti Malaysia di Kanagawa-ken serta mengukuhkan hubungan dan jaringan kerjasama antara MSAJ Kanto dengan IMAN Jepun dan PPL Jepun.

Program ini telah dijayakan dengan komitmen seramai 12 orang ahli jawatankuasa, yang diketuai oleh Nayli Afrina dan Syarif Sazali. Kesemua ahli jawatankuasa memainkan peranan masing-masing dalam memastikan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program berjalan dengan lancar.

MSAJ Kanto berharap agar penganjuran Kanto Summer Game 2026 dapat menjadi langkah permulaan dalam mendekatkan warga Malaysia di Kanagawa-ken dengan MSAJ serta membina komuniti yang lebih akrab dan saling menyokong. MSAJ Kanto juga berharap agar hubungan yang terjalin melalui program ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk kerjasama dan penganjuran program bersama pada masa akan datang.

Last modified on 23 September 2026 11:44 PM

Latest Articles

18 June 2023

MSAJ Explores Disaster Resilience in Japan: A Cross-Cultural Exchange

Tokyo, June 18th: Four participants from the Malaysian Student Association in Japan (MSAJ) — Dina, Iqra, Radhiah, and Alia — took part in an event organized by the Japan Stu...
06 June 2023

MSAJ's Virtual Raya Gathering Unites Malaysian Students in Japan

In a world increasingly connected by technology, the Malaysian Students' Association Japan (MSAJ) organized an event on May 20, 2023, bringing together Malaysian students studying in Japan for a Vi...
19 May 2024

Program Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama Dr. Harith Roslizar

OSAKA, 2 Mei - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) telah mengadakan Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama Dr. Harith bin Roslizar, merangkap Head of People and Governance, Yez...