Skip to main content

Pertemuan Antara MSAJ dan PPL Tokyo Membuka Peluang Kerjasama yang Lebih Luas Bagi Pelajar Malaysia di Jepun

Nubair Shofwan
28 June 2023

Kobe, Jepun - Pada 17 Jun 2023 (Sabtu), telah diadakan pertemuan antara Jawatankuasa Pengurusan Malaysian Students' Association in Japan (MSAJ) Jawatankuasa Pengurusan MSAJ dan Penasihat Pendidikan & Latihan JPA Tokyo, Encik Imran bin Yussof. Acara ini telah diadakan secara hybrid, menggabungkan kehadiran fisikal dan maya.

Ini merupakan pertemuan yang pertama kali dihadiri oleh Encik Imran di Kansai sejak dilantik sebagai Penasihat Pendidikan & Latihan JPA Tokyo, dan pertemuan tersebut memiliki signifikansi yang besar. Pertemuan ini juga turut menjadi titik permulaan selepas perubahan pengurus utama MSAJ. Dalam pertemuan tersebut, Encik Imran dengan tegas menyuarakan keinginannya untuk mempereratkan kerjasama antara MSAJ dan JPA serta membuka ruang yang lebih luas bagi MSAJ untuk menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.

Saudari Nurul Atiqah, selaku Presiden MSAJ, juga memberikan ucapan selamat kepada Encik Imran dan Puan Munirah atas pelantikan mereka di pejabat PPL Tokyo. Dia menyambut baik dan berharap agar hubungan yang mesra antara MSAJ dan PPL dapat membawa MSAJ ke tahap yang lebih tinggi, serta memberikan manfaat yang besar kepada pelajar Malaysia yang berada di seluruh Jepun.

MSAJ ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menyokong acara ini. Semoga pertemuan ini akan menjadi tonggak penting dalam pengembangan kerjasama antara MSAJ dan JPA, sekaligus memberikan manfaat yang besar kepada pelajar Malaysia di Jepun. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Imran dan JPA Tokyo atas dukungan yang tidak terhingga. Dengan semangat kerjasama yang kukuh, MSAJ berharap agar mereka dapat bersama-sama melangkah ke hadapan menuju masa depan yang lebih baik.

Last modified on 28 June 2023 8:05 PM

Latest Articles

30 August 2025

MSAJ Serenity Hour with Qur’an: Tadarus & Tadabbur 2025

March — In conjunction with Ramadan 2025, the People Development Bureau of the Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) organized a spiritual program entitled Serenity Hour with Qur’an: Tada...
25 June 2025

Pertemuan Para Perintis Dasar Pandang ke Timur Melangkaui Generasi

TOKYO, 31 Mei - Barisan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) telah berkunjung ke majlis beramah mesra bersama Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 dan Ke-7, Tun Dr. Mah...
12 September 2024

West Japan Natsu Gathering: Wadah Persaudaraan Pelajar Malaysia di Barat Jepun

HIROSHIMA, 14 Julai - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Khas Kansai telah berjaya mengendalikan program West Japan Natsu Gathering pada 14 Julai yang lalu. Program yang...