Skip to main content

Gema 31 Ogos ke-68: Marathon Merdeka Warnai Kota Tokyo!

Webmaster
15 September 2025

TOKYO, 31 Ogos — Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) telah menyertai Larian Merdeka Tokyo bagi bersama-sama meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke -68. MSAJ juga berbesar hati menjadi rakan kolaborasi acara kemerdekaan yang buat julung-julung kalinya yang diadakan di Tokyo ini. 

Seramai lima orang wakil MSAJ telah menyertai acara ini sebagai peserta larian 6.8km, manakala seorang ahli MSAJ lagi, Saudara Zahirul (Pelajar Tahun 3 Utsunomiya Universiti) telah bertugas menjadi ahli jawatankuasa bagi menyumbang keringat menjayakan acara sukan pertama kemerdekaan di bumi matahari terbit ini.

Saudara Anas, Presiden MSAJ juga telah turut hadir bagi memberi sokongan penuh kepada acara Larian Merdeka Tokyo, selain menyampaikan hadiah cabutan bertuah daripada pihak MSAJ.

Secara keseluruhannya, acara ini menjadi wadah penyatuan rakyat Malaysia untuk berkumpul dan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dengan penuh rasa bangga. Semangat patriotisme yang berkobar-kobar jelas terpancar dalam kalangan warga Malaysia di Jepun meskipun sambutan ini diraikan jauh daripada tanah air tercinta. Selain itu, ruang jaringan dan ukhuwah yang terjalin juga mencerminkan semangat kekitaan yang tinggi, sekali gus merapatkan hubungan sesama komuniti minoriti rakyat Malaysia di Jepun.

Harapannya, semoga acara ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang dengan penglibatan yang lebih besar, agar semangat cinta akan negara sentiasa subur dalam jiwa rakyat Malaysia di perantauan.

Last modified on 15 September 2025 4:51 PM

Latest Articles

19 May 2024

Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama YB Wan Ahmad Fayhsal (WAF)

KYOTO, 25 April- Program Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama YB Wan Ahmad Fayhsal (WAF), merangkap ahli parlimen Machang dan juga mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah diadakan di Rest...
05 December 2025

Senyuman di Bumi Fukui: Harmoni di Bawah Pohon Daun Senja

FUKUI, 15 November – Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Hokuriku telah mengadakan program Hokuriku Autumn Pot-luck di Fukui Prefectural Green Center, Sakai, Fukui. Prog...
02 May 2026

Nemophila in Bloom: MSAJ Kanto Celebrate Ibaraki Beraya

HITACHI SEASIDE PARK, 18th April 2026 – In celebration of the conclusion of Syawal, Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) of the Kanto region hosted a successful potluck gathering at the ...