Skip to main content

Program Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama Dr. Harith Roslizar

Alif El-Hadi Marzuki
19 May 2024

OSAKA, 2 Mei - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) telah mengadakan Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama Dr. Harith bin Roslizar, merangkap Head of People and Governance, Yezza Tech Sdn. Bhd. di Osaka Halal Restaurant, Osaka.

Yezza Tech Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pemula (startup) yang menguruskan platform dan sistem kepada syarikat-syarikat dari pelbagai industri termasuklah industri kesihatan, perniagaan fesyen dan lain-lain. Bermula pada tahun 2020, ketika Covid-19 melanda, Yezza beraspirasi untuk memudahkan para usahawan memulakan perniagaan dalam talian. Yezza telah berkembang menjadi sebuah pasukan dengan 18 orang kakitangan pada tahun 2021, dan kini lebih daripada 50,000 perniagaan dalam talian telah menggunakan Yezza.

Pada masa yang sama, Dr. Harith juga memiliki kepakaran dalam bidang kedoktoran selaku graduan University of Newcastle, serta pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan di Australia sebelum menabur bakti di tanah air.

Program ini dihadiri oleh lebih kurang 15 orang pelajar dari sekitar Osaka. Dimulai dengan sesi suai kenal ringkas, program ini dipenuhi dengan interaksi dua hala antara pelajar dan penceramah. Dr. Harith banyak berkongsi tentang realiti syarikat pemula yang memerlukan azam dan cita-cita yang tinggi jika mahu terus berkecimpung dalam dunia bisnes. Soalan-soalan yang diajukan bukan sahaja berkaitan syarikat pemula, malah pelajar juga berpeluang bertanyakan tentang dunia kerjaya, teknologi dan isu-isu sosial dalam sesi dialog ini.

Harapannya, program ini dapat memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar tentang alam pekerjaan serta bekalan inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan.

Last modified on 28 December 2024 11:28 AM

Latest Articles

15 September 2025

Gema 31 Ogos ke-68: Marathon Merdeka Warnai Kota Tokyo!

TOKYO, 31 Ogos — Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) telah menyertai Larian Merdeka Tokyo bagi bersama-sama meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke -68. MSAJ juga ber...
21 January 2025

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Gasshuku MSAJ 2024/2025

SHIZUOKA, 11–13 Januari – Acara kemuncak Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ), iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Gasshuku, telah berlangsung selama tiga hari dua malam di Iz...
02 July 2025

Career Fair 2025 Student Registration

Calling all Malaysian students in Japan! Don't miss your chance to be part of the MSAJ Career Fair 2025; a platform to explore career opportunities, connect with companies, and take the next step ...