Tahun ini, dengan izin Allah ta'ala jua, MSAJ mewakili pelajar-pelajar Malaysia di Jepun sebagai kuorum dalam kalangan pertubuhan rakyat Malaysia di Jepun.
Pastinya, sebagai badan tunggal yang menaungi para pelajar Malaysia di Jepun, MSAJ sangat menghargai peluang yang diberikan dalam mengetengahkan pandangan pelajar Malaysia untuk perhatian pihak kedutaan.
Hubungan akrab MSAJ dan kedutaan harus dikekalkan menerusi proses yang berterusan oleh kepimpinan hari ini dan hari-hari yang seterusnya, agar manfaat berterusan dapat diusahakan untuk kebaikan seluruh warga pelajar Malaysia di Jepun.
MSAJ menzahirkan ucap terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Jepun, yang diketuai Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke Jepun, Dato' Shahril Effendy bin Ab Ghany atas kepercayaan berterusan kepada MSAJ.