Skip to main content
20 November 2024

Ucapan Pembukaan Malaysian Night 2024 di Osaka

Muhamad Firdaus Ali

16 Nov lepas MSAJ anjurkan Malaysian Night di Osaka. 

Dalam ucapan, ada beberapa perkara dapat diketengahkan. Saya gemar singkap sejarah, struktur moden negara bangsa yang ada pada hari ini, dan bagaimana Malaysia boleh terbentuk. 

Sebahagian dari pengajian di masa lepas turut mengingatkan akan posisi mixed salad yang mencorakkan Malaysia hari ini, sebagai perbandingan kepada Indonesia yang mengambil posisi melting pot.

Asas pembentukan kita adalah toleransi, dan kerangka kebudayaan kita dipasakkan melalui Rukun Negara. Dan menuju ke hadapan, kita akan menentukan sama ada model ini boleh berkekalan ataupun sebaliknya.

Atas semangat itu, pertemuan-pertemuan seumpama ini adalah sangat penting untuk kita menerbitkan nilai menerusi perbualan yang bermakna (deriving values through meaningful exchanges).

Agenda nilai ini perlu diletakkan dalam prioriti tertinggi. Turut disentuh bagaimana teknologi bergerak dengan sangat pantas - dan bagaimana pertukaran ide akan membimbing kita menemukan solusi-solusi terbaharu untuk kehidupan generasi akan datang.

Di akhir ucapan, teringat petikan surah Al-Kahf, ayat 46

ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱلْبَـٰقِيَـٰتُ ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًۭا وَخَيْرٌ أَمَلًۭا ٤٦

Dalam kesingkatan hayat insan, terdapat keperluan supaya usaha-usaha yang dibuat menatijahkan kesan yang baik bukan sahaja pada kehidupan hari ini, namun jua peradaban ke hadapan.

Malaysian Night kali ini lebih bermakna dengan kehadiran Puan Syaliza & En Faizal (Tourism Malaysia, Osaka) dan En Tarmizi (Malaysia Investment Development Authority, Osaka).

Saya rakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada ahli-ahli Biro Sosial & Kebudayaan MSAJ atas kejayaan cemerlang menyempurnakan Malaysian Night 2024.

(Gambar oleh Fahim Azhar & Dayang Hajar, MSAJ)

Visited for 677 times