Skip to main content

Episod Ulangan Persaudaraan Pelajar Malaysia di Wilayah Barat Jepun

Webmaster
20 July 2025

HIROSHIMA, 20 Julai – Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Sanchiku telah mengadakan program West Japan Natsu Gathering di Karuga Seaside Park, Kure, Hiroshima. Program ini merupakan hasil usaha semua ahli aktif MSAJ bagi wilayah Sanchiku yang diketuai oleh saudari Dayang Siti Hajar, Pengerusi Wilayah Sanchiku. 

West Japan Natsu Gathering disertai oleh 32 peserta dari sekitar wilayah Chugoku, Shikoku dan Kyushu dalam satu program penuh mesra, bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar dan komuniti Malaysia di wilayah selatan Jepun.

Program ini dimulakan dengan sesi BBQ, di mana semua urusetia dan peserta turut bersama membakar daging sambil mengambil peluang untuk berkenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Selain hidangan BBQ, urusetia juga menyediakan juadah seperti burger, bihun goreng, kentang putar dan 'kimpab'.

Acara diteruskan dengan sesi permainan interaktif yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam diri setiap peserta. Antara permainan yang diadakan ialah 'charades', kumpul tepung menggunakan kad dan isi air dalam botol menggunakan span. Meskipun dengan cuaca yang panas, para peserta tetap bersemangat dan berseronok sepanjang sesi permainan dijalankan. Kumpulan dengan mata tertinggi turut membawa pulang hadiah dari pihak MSAJ.

Program berakhir dengan sesi fotografi dan penyampaian hadiah.

Menurut Nurain Fathanah (Pelajar tahun ke-3 di Universiti Tottori), peserta West Japan Natsu Gathering mengungkapkan rasa seronok dan teruja kerana dapat berkenalan dengan komuniti Malaysia di selatan Jepun dan ingin turut serta andai kata program ini diteruskan pada tahun hadapan.

Melalui program santai ini, pihak MSAJ harap agar program seumpama ini dapat diteruskan di wilayah selatan Jepun.

Last modified on 26 August 2025 12:50 AM

Latest Articles

04 August 2025

Sesi Networking Dinner di Osaka bersama Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

Osaka, 23 Julai – Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Kansai telah memenuhi jemputan ke majlis makan malam bersama-sama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (K...
02 July 2025

Career Fair 2025 Company Registration

Countdown until Company Registration closes! 1 day left あと1日 Last 24 hours! 🚨 Company registration closes ...
02 July 2024

Embracing Growth: Izzat's Badminton Story

SHIMANE, 19-23 June 2023 - The 67th Chugoku Shikoku Student Badminton Championship was held at ⁠Matsue City General Gymnasium, Shimane. One of the Malaysian students, Izzat, a third-year student at...