Skip to main content

Program Yuuchin 2024: Membina Jaringan Pelajar Malaysia di Jepun dan Korea

Webmaster
19 May 2024

YuuChin, berasal daripada perkataan Jepun ‘Yuujin’ dan perkataan Korea ‘Chingu’, yang kedua-duanya diterjemahkan kepada 'rakan' dalam bahasa Inggeris. Program YuuChin adalah inisiatif rakan pena perintis yang berfungsi sebagai platform penting untuk memupuk hubungan pelajar Malaysia yang sedang belajar di Jepun dan Korea Selatan. Program ini dan memudahkan pertukaran pandangan dan pengalaman semasa mereka mengharungi kehidupan sebagai pelajar antarabangsa di negara tuan rumah masing-masing.

Program ini telah berlangusung dari 18 Mac hingga 18 April 2024, disertai oleh seramai 30 peserta mewakili MSAJ di Jepun dan 30 peserta mewakili PPMK di Korea Selatan. Para peserta di pasangkan dengan seorang rakan di negara jiran dan bebas untuk menghubungi rakan mengikut laman sosial keselesaan masing-masing. Para peserta juga telah diingatkan untuk sentiasa menjaga tata susila berbicara dan tidak menyentuh isu-isu yang sensitif.

Program YuuChin telah megadakan majlis penutupannya pada 20 Mac 2024 dan telah di rasmikan oleh En. Imran bin Yussof, Kaunselor Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan Tokyo dan En. Sallehudin, Kaunselor Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan Beijing. Beliau telah mengucapkan syabas dan menyokong para pelajar Malaysia di luar negara untuk membuat silaturahim baharu dan meluaskan ilmu serta pemandangan kita bukan sahaja di negara pengajian tetapi juga di negara lain. Terdapat juga beberapa ulasan dari para peserta berkaitan dengan Program YuuChin dan kesemua memberi maklum balas yang positif dan berharap untuk membuat hubungan dengan lebih ramai pelajar Malaysia di luar negara.

Last modified on 19 May 2024 11:21 PM

Latest Articles

24 April 2024

Pertemuan Wakil MSAJ bersama YAB Menteri Besar Perak

OSAKA, 23 April - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) menyambut baik usaha mempromosi Perak sebagai destinasi perlancongan kepada pemain industri perlancongan di Jepun. MSAJ diwa...
02 July 2025

Career Fair 2025 Company Registration

Countdown until Company Registration closes! 1 day left あと1日 Last 24 hours! 🚨 Company registration closes ...
21 January 2025

Hari Sukan Malaysia 2024: Simfoni Perpaduan dan Semangat Kesukanan

NAGOYA, 4 Januari - Hari Sukan Malaysia 2024 yang berlangsung di Paloma Mizuho Park, Nagoya, berjaya dianjurkan dengan penuh meriah dan semangat perpaduan. Acara ini merupakan hasil kerjasama antar...